Salam...
Adunan yang sama, pelbagai bentuk & inti.
Adunan ASAS untuk ROTI
Bahan-bahan:
- 2 sudu kecil YIS
- 2 sudu besar gula kasar
- 3/5 cawan air suam
- Secubit garam
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil BREAD IMPROVER
- 1 sudu kecil BREAD SOFTENING
- 1 sudu besar TEPUNG SUSU
- 1 sudu besar LEMAK SAYURAN
Cara:
- Dalam cawan guna sudu: Larutkan yis + gula kasar dalam air suam (tinggal sebentar sehingga larutan berbuih).
- Dalam mangkuk besar: Masukkan bahan 4, 5, 6, 7, 8, 9 gaulkan sebati.
- Masukkan sedikit demi sedikit larutan 1 tadi kedalam adunan 2 sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
- Uli selama 15 minit (tolak & tarik).
- Rehatkan doh...tutup dengan kain lembab (sehingga doh naik 2 kali ganda).
- Keluarkan angin doh (tumbuk-tumbuk doh).
- Uli selama 15 minit lagi (tolak & tarik).
- Doh boleh dibentuk ikut kesukaan.
- Rehatkan sehingga naik 2 kali ganda @ 1 jam (tutup dengan kain lembab).
- Bakar selama 15-20 minit, suhu 180 darjah, api atas dan bawah.
(**lagi lama uli, lagi lembut ROTI yang terhasil...~^_^~)

No comments:
Post a Comment