Friday, November 7, 2014

Ayam Panggang Resepi En Husband

Salam...

**Nie resepi En Husband. Nanti kita 'update' resepinya...



Daging Masak Hitam

Salam...

**Nanti kita 'update' resepinya... 


Roti Chocolate Rice + Nutella

Salam...

**Nanti kita 'update' resepinya...




Roti Sosej Ber'cheese'

Salam...

Resepi yang simple & sedap untuk minum petang @ makan malam.



Resepi untuk doh sama adunan asas ROTI ini. Tambahannya...


Bahan-bahan:
  • Cocktail sosej (celur)
  • Sos cili LIFE
  • Cheese (mozarella / parmesan) 

Cara:
  1. Balut setiap cocktail sosej dengan doh roti yang telah diuli untuk kali ke-2 (sehingga habis doh & sosej).
  2. Potong kepada 2 bahagian.
  3. Susun dalam loyang & rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda / 1 jam.
  4. Sapu sos cili LIFE.
  5. Tabur cheese.
  6. Bakar selama 15-20 minit, suhu 180 darjah, api atas bawah.


                                                      **SELAMAT MENCUBA***

Roti Bun Tawar

Salam...

Roti bun tawar cicah dengan kuah sate. Sedap nyer...




Resepi BUN TAWAR ni...sama jer macam adunan asas ROTI ini.

Jangan marerrrr...~^_^~


Adunan Asas ROTI

Salam...

Adunan yang sama, pelbagai bentuk & inti.




Adunan ASAS untuk ROTI


Bahan-bahan:
  1. 2 sudu kecil YIS
  2. 2 sudu besar gula kasar
  3. 3/5 cawan air suam
  4. Secubit garam
  5. 1 cawan tepung gandum
  6. 1 sudu kecil BREAD IMPROVER
  7. 1 sudu kecil BREAD SOFTENING
  8. 1 sudu besar TEPUNG SUSU
  9. 1 sudu besar LEMAK SAYURAN

Cara:
  1. Dalam cawan guna sudu: Larutkan yis + gula kasar dalam air suam (tinggal sebentar sehingga larutan berbuih).
  2. Dalam mangkuk besar: Masukkan bahan 4, 5, 6, 7, 8, 9 gaulkan sebati.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit larutan 1 tadi kedalam adunan 2 sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
  4. Uli selama 15 minit (tolak & tarik).
  5. Rehatkan doh...tutup dengan kain lembab (sehingga doh naik 2 kali ganda).
  6. Keluarkan angin doh (tumbuk-tumbuk doh).
  7. Uli selama 15 minit lagi (tolak & tarik).
  8. Doh boleh dibentuk ikut kesukaan.
  9. Rehatkan sehingga naik 2 kali ganda @ 1 jam (tutup dengan kain lembab).
  10. Bakar selama 15-20 minit, suhu 180 darjah, api atas dan bawah.

(**lagi lama uli, lagi lembut ROTI yang terhasil...~^_^~)


Grilled Dory Fish

Salam...

~Grilled Dory Fish + Sos Putih~


RESEPI IKAN

Bahan-bahan:
  • Ikan dori (4-5 keping dalam sebungkus)
  • 4 sudu besar sos lada hitam LIFE
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos BBQ LIFE
  • 1 sudu kecil lada hitam kasar
  • 1 sudu besar jus lemon
Cara:
  1. Nyah beku ikan dori...tos...keringkan dengan tisu dapur.
  2. Gaulkan ikan dori dengan semua bahan lain.
  3. Grill atas pan sehingga masak.
(**kalau nak simple, gaul ikan dori dengan sos lada hitam + lada hitam kasar + jus lemon shj)

*********************************************************************************

RESEPI SOS PUTIH

Bahan-bahan:
  • 2 sudu besar butter
  • 2 ulas bawang putih (cincang @ tumbuk halus)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 2 cawan susu segar
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil lada hitam kasar
Cara:
  1. Tumis bawang putih + butter.
  2. Masukkan tepung gandum...kacau hingga rata...(api kecil).
  3. Masukkan susu segar + kiub pati ayam + lada hitam kasar.
  4. Tambahan: masukkan hirisan daun ketumbar. 

*********************************************************************************

SAYUR
  • Brokoli + carrot + bunga kobis + sayur yang anda rasa sesuai
  • Rebus semua sayur + 1 sudu kecil minyak ZAITON untuk kekalkan warna sayur & tos.

**SELAMAT MENCUBA**


Roti Jala Lembut

Salam...

Resepi roti jala yang mudah & simple. Kalau saya memasak, akan guna cara yang simple & cepat...sebab 'rajin' sangat...~^_^~




Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan susu segar / susu low fat / santan cair
  • Secubit garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar butter (lembutkan)

Cara:
  1. 'Bland' kan susu segar + garam + telur + butter...sehingga butter gebu.
  2. Msukkan tepung gandum + serbuk penaik. 'Bland' lagi sehingga sebati semuanya.
  3. Biarkan adunan rehat 5 minit.
  4. Boleh mula mengirai ROTI JALA anda.
  5. Angkat, gulung seperti POPIA. Nak bentuk lain, terpulang lah.


**Hidangkan bersama kari atau kuah durian pun sodap...~^_^~**



Sayur Campur Simple

Salam...

Resepi mudah, senang, cepat & sedap untuk yang sangat 'rajin' memasak...~^_^~




Bahan-bahan:
  • Sayur (brokoli / carrot / capsicum) dlln yang anda suka
  • 2 ulas bawang putih (cincang @ tumbuk halus)
  • 1 sudu besar minyak ZAITON
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 kiub pati ayam (hancurkan)
  • Air secukupnya


Cara:
  1. Potong sayur...basuh...tos.
  2. Tumis bawang putih dengan minyak ZAITON.
  3. Masukkan sos tiram + kiub pati ayam + air secukupnya.
  4. Masukkan sayur.
  5. Goreng............siap.
*Kalau rasa tak cukup masin, tambah garam. Biasanya dah cukup masin. Masin dari sos tiram & kiub pati ayam.


**Nak pedas, masukkan hirisan cili besar atau cili api**




IKEA punya resepi

Salam...

Kalau pergi KL...mesti kami singgah makan kat IKEA. Sedap MEATBALL nyer. Nanti rajin kita cuba buat walaupun rasa tak akan sama...~^_^~ Tau tak pa...




Jemput makan....~^_^~

Siapa ada resepi meatball??? Bagi link ekkk...

Kedondong aka Amra asam kecut

Salam...

Ramai duk try buat resepi nie. So...try juga lah. Tadaaaaa....inilah hasilnya


Bahan-bahan:
  • Buah Kedondong aka Buah Amra / Jambu Batu / Mangga dlln
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 biji cili api (hiris)
  • Asam boi / asam kecut yang anda suka

Cara: 
  1. Kupas kulit buah kedondong...cuci...tos....& hiris nipis.
  2. Masukkan semua bahan tadi & gaul sehingga rata.
  3. Sedia untuk dimakan.

**Selamat Mencuba ~^_^~**